Perkembangan anak-anak memang menarik untuk diperhatikan. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang Mujahid buat. Kadang-kadang gelagatnya memang mencuit hati.
Mujahid dah 6 bulan lebih. Seminggu lepas Mujahid dah boleh merangkak. Pengawasan terhadapnya dipertingkatkan. Dah seluruh rumah Mujahid merangkak. Letih abi dan ummi 'kepung' Mujahid. Bila Mujahid nak ambil sesuatu, bersungguh-sungguh dia merangkak. Abi buat halangan, dia cuba panjat halangan. Abi angkat letak jauh sikit, Mujahid datang balik. 2 3 kali dia berusaha menembusi 'benteng pertahanan'. Dengan mimik muka yang bersungguh-sungguh, Mujahid selalu membuatkan Abi dan Ummi ketawa.
Sekarang ni, Mujahid dah cuba-cuba untuk berdiri sambil pegang pada alat statik. Meja 'jepun' selalu jadi tempat Mujahid cuba untuk berdiri. Mujahid kira agak 'ringan' la sebab 6 bulan dah boleh merangkak.