Satu malam. Jam sudah 12.00 tengah malam.
Abu Mujahid tidur-tidur ayam. Ummu Mujahid tak tidur. Mujahid juga tak tidur sebab sedang menangis. Sejak jam 10 malam lagi Mujahid menangis. Tidur 10 minit, kemudian bangun dan menangis.
Macam-macam cara sudah dilakukan. Dah macam-macam lagu Abu Mujahid nyanyikan untuk dodoikan Mujahid. Ummu Mujahid dah dodoikan macam-macam skil pun tak jalan jugak. Bancuh susu pun tak mahu juga. Sapu minyak kat perut pun menangis juga. Pampers pun dah periksa, clear.
Tekanan semakin meningkat seiring tangisan Mujahid.
"Cuba buatkan bubur nasi, mana tau Mujahid nak bubur nasi" Abu Mujahid syorkan pada Ummu Mujahid.
Dengan mata mamai, Ummu Mujahid masakkan Mujahid bubur nasi.
Akhirnya, hampir jam 1.00 pagi, Mujahid lena selesai semangkuk bubur nasi. Lena sampai pagi. Tidur kekenyangan.
Rupanya Mujahid nak makan bubur nasi. Abi dan Ummi tak faham rupanya.
mujahid dh xnk mnum susu..nk mkn nasi jer...
BalasPadamnk cpt bsr la 2....