Hari ini tibalah masanya utk Mujahid diinject. Inject utk usia 6 bulan. 1 dos iaitu Hepatitis B. Kalau bestfriendnya 2 dos, sbb bestfriendnya tinggal kat Sabah. Sedikit perkongsian utk pembaca sekalian. Menurut nurse inject kali ni tidak akan menyebabkan bayi demam. Alhamdulillah Mujahid tak demam.. Berbalik pada cerita td. Sebelum diinject, Mujahid telah ditimbang dan diukur. Setelah ditimbang.... Toing!!! Berat Mujahid tak berapa memberangsangkan. Kalau bulan lepas Mujahid 6.6 kg, sekarang 6.8 kg.. Bermakna 0.2 kg aje yg naik... Nampaknya Ummi & Abi kena la usaha lebih lagi utk meningkatkan berat badan Mujahid. Jadi malam ni, Ummi nak cuba resepi baru. Nasi + ayam + ikan bilis dan bayam putih. Alhamdulillah lalu nampaknya Mujahid Ummi ni. Syukur.
Maka bermulalah episod Mujahid makan bubur.
Petunjuk:
Lalu= berselera (dialek Kelantan)
Maka bermulalah episod Mujahid makan bubur.
Petunjuk:
Lalu= berselera (dialek Kelantan)