Isnin, 10 Oktober 2011

Mujahid Dah Merangkak

Perkembangan anak-anak memang menarik untuk diperhatikan. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang Mujahid buat. Kadang-kadang gelagatnya memang mencuit hati.

Mujahid dah 6 bulan lebih. Seminggu lepas Mujahid dah boleh merangkak. Pengawasan terhadapnya dipertingkatkan. Dah seluruh rumah Mujahid merangkak. Letih abi dan ummi 'kepung' Mujahid. Bila Mujahid nak ambil sesuatu, bersungguh-sungguh dia merangkak. Abi buat halangan, dia cuba panjat halangan. Abi angkat letak jauh sikit, Mujahid datang balik. 2 3 kali dia berusaha menembusi 'benteng pertahanan'. Dengan mimik muka yang bersungguh-sungguh, Mujahid selalu membuatkan Abi dan Ummi ketawa.

Sekarang ni, Mujahid dah cuba-cuba untuk berdiri sambil pegang pada alat statik. Meja 'jepun' selalu jadi tempat Mujahid cuba untuk berdiri. Mujahid kira agak 'ringan' la sebab 6 bulan dah boleh merangkak.

Rabu, 28 September 2011

Mujahid 6 Bulan...

Hari ini tibalah masanya utk Mujahid diinject. Inject utk usia 6 bulan. 1 dos iaitu Hepatitis B. Kalau bestfriendnya 2 dos, sbb bestfriendnya tinggal kat Sabah. Sedikit perkongsian utk pembaca sekalian. Menurut nurse inject kali ni tidak akan menyebabkan bayi demam. Alhamdulillah Mujahid tak demam.. Berbalik pada cerita td. Sebelum diinject, Mujahid telah ditimbang dan diukur. Setelah ditimbang.... Toing!!! Berat Mujahid tak berapa memberangsangkan. Kalau bulan lepas Mujahid 6.6 kg, sekarang 6.8 kg.. Bermakna 0.2 kg aje yg naik... Nampaknya Ummi & Abi kena la usaha lebih lagi utk meningkatkan berat badan Mujahid. Jadi malam ni, Ummi nak cuba resepi baru. Nasi + ayam + ikan bilis dan bayam putih. Alhamdulillah lalu nampaknya Mujahid Ummi ni. Syukur.

Maka bermulalah episod Mujahid makan bubur.


Petunjuk:
Lalu= berselera (dialek Kelantan)

Sabtu, 24 September 2011

Dapur Tengah Malam

Satu malam. Jam sudah 12.00 tengah malam.

Abu Mujahid tidur-tidur ayam. Ummu Mujahid tak tidur. Mujahid juga tak tidur sebab sedang menangis. Sejak jam 10 malam lagi Mujahid menangis. Tidur 10 minit, kemudian bangun dan menangis.

Macam-macam cara sudah dilakukan. Dah macam-macam lagu Abu Mujahid nyanyikan untuk dodoikan Mujahid. Ummu Mujahid dah dodoikan macam-macam skil pun tak jalan jugak. Bancuh susu pun tak mahu juga. Sapu minyak kat perut pun menangis juga. Pampers pun dah periksa, clear.

Tekanan semakin meningkat seiring tangisan Mujahid.

"Cuba buatkan bubur nasi, mana tau Mujahid nak bubur nasi" Abu Mujahid syorkan pada Ummu Mujahid.

Dengan mata mamai, Ummu Mujahid masakkan Mujahid bubur nasi.

Akhirnya, hampir jam 1.00 pagi, Mujahid lena selesai semangkuk bubur nasi. Lena sampai pagi. Tidur kekenyangan.

Rupanya Mujahid nak makan bubur nasi. Abi dan Ummi tak faham rupanya.

Sabtu, 3 September 2011

Mujahid Beraya Sakan

Tahun ini tahun pertama Mujahid beraya. Malam raya, Mujahid kat rumah Tok Abah dan Tok Ma. Pagi raya, lepas solat raya dan makan-makan, Mujahid pergi beraya rumah Tok Ayah dan Nenek pula. Mujahid posing sakan kat rumah Tok Ayah.

Mujahid Abi dan Ummi, tengoklah kolar baju tu, tajam macam pedang tu.


Mujahid bersama Tok Ayah dan Nenek


Mujahid bersama Ayah Su Pi

Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Perkenalan




Nama Ahmad Akhtar Mujahid
Tarikh Lahir 20 Mac 2011
Tempat Lahir Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
Jantina Lelaki
Waktu Lahir 8.65 malam
Berat Lahir 3.32 kg
Panjang 50 cm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...